Tentang Kami

"Pada mulanya, saya juga seperti anda. Tidak percaya tentang peluang pendapatan sampingan yang syarikat ini tawarkan. Tambahan pula, saya tidak temui sebarang maklumat lengkap pada laman web syarikat. Namun, setelah meneliti maklumat yang hanya diedarkan kepada ahli-ahlinya (ayah saya), saya merumuskan tiga perkara tentang peluang ini : kepuasan, kestabilan dan kemudahan

Saya puas kerana saya temui minat saya dalam bidang ini. Saya kata ianya stabil kerana saya faham bagaimana pengaliran wang dalam syarikat ; bahawa syarikat ini tidak menjanjikan kekayaan yang mudah kepada ahli-ahlinya. Ianya memudahkan, kerana ternyata perkhidmatan yang diberikan amat berguna."

-Pengasas Team Kejayaan Sebenar
Muhammad Maherilham Alias

Penubuhan Team "Kejayaan Sebenar" mula dikemukakan oleh saudara Muhammad Maherilham pada hujung bulan Ogos 2008. Selepas perbincangan dengan beberapa orang rakan yang lain, Team "Kejayaan Sebenar" ditubuhkan secara rasmi pada 16 Oktober 2008.

Bermatlamatkan kejayaan untuk semua, team ini akan membantu anda dengan memberikan penerangan, panduan dan latihan yang secukupnya. Masanya telah tiba untuk kita membuat satu anjakan dalam hidup kita.


carta paling terkini

carta terkini 1

Tentang Kami | Peta Laman | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Blog Design | 2008 Team Kejayaan Sebenar